632 PETUGAS HAJI 1446H/2025M MULA BERANGKAT KE TANAH SUCI
Seramai 632 petugas haji mula berangkat ke Tanah Suci secara berperingkat bermula hari ini, bagi melakukan persiapan awal operasi musim haji bagi tahun 1446H/ 2025M.
SEPANG: Seramai 632 petugas haji mula berangkat ke Tanah Suci secara berperingkat bermula hari ini, bagi melakukan persiapan awal operasi musim haji bagi tahun 1446H/ 2025M.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkata, TH telah menempatkan para petugas haji secara menyeluruh merangkumi pelbagai sektor.
Katanya, ia termasuk sektor termasuk pengurusan maktab dan zon, kesihatan, bimbingan ibadat haji dan ziarah, kewangan, media, pengangkutan, sajian, bagasi, khidmat pelanggan dan sebagainya.
“Bagi musim 1446H ini, terdapat dua kumpulan petugas utama iaitu Petugas Rombongan Kebajikan seramai 358 orang dan Petugas Rombongan Perubatan seramai 274 orang.
“Saya percaya gabungan dari pelbagai latar belakang, kepakaran dan pengalaman inilah yang membentuk satu pasukan yang kuat dan mampu memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada jemaah haji negara,” katanya hari ini.
Syed Hamadah berkata, dua penerbangan kumpulan petugas seramai 74 orang telah mula berlepas pada hari ini kemudian diikuti kumpulan selebihnya yang akan berlepas secara berperingkat bagi memastikan segala persiapan dalam keadaan terbaik sebelum ketibaan jemaah haji Malaysia di Madinah dan Makkah.
Ujarnya, kesemua petugas bertindak sebagai barisan hadapan telah mengikuti kursus yang cukup komprehensif bagi meningkatkan kecekapan, pengetahuan serta kemahiran bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya dan cukup terlatih dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menyantuni 31,600 bakal haji negara.
Penerbangan pertama jemaah haji negara akan bermula pada 29 April manakala penerbangan terakhir adalah pada 1 Jun.
Bagi tahun ini, hari Wukuf iaitu 9 Zulhijjah dijangka pada hari Khamis, 5 Jun.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked