Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

69 PERATUS KANAK-KANAK DI GAZA TERIMA VAKSIN POLIO – KEMENTERIAN KESIHATAN PALESTIN

DUNIA

69 PERATUS KANAK-KANAK DI GAZA TERIMA VAKSIN POLIO – KEMENTERIAN KESIHATAN PALESTIN

Kempen  yang sedang berlangsung di Deir al-Balah dan Khan Younis, serta kawasan sekitarnya, setakat ini telah memberikan vaksin kepada 441,647 kanak-kanak, setakat petang Sabtu. Ini termasuk 49 peratus perempuan dan 51 peratus lelaki.

Gambar fail (AFP)

RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Ahad bahawa 69 peratus kanak-kanak di Gaza, berumur hingga 10 tahun telah menerima dos pertama vaksin polio, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.

Kempen  yang sedang berlangsung di Deir al-Balah dan Khan Younis, serta kawasan sekitarnya, setakat ini telah memberikan vaksin kepada 441,647 kanak-kanak, setakat petang Sabtu. Ini termasuk 49 peratus perempuan dan 51 peratus lelaki.

Kementerian itu berkata fasa pertama kempen pemvaksinan akan diteruskan di Gaza dan Gaza Utara.

Pasukan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), tabah melaksanakan pemvaksinan biarpun menghadapi serangan berterusan Israel dan cabaran keselamatan pergerakan antara pusat-pusat pemvaksinan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading