Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

80,000 LARI KE SEMPADAN TURKI EKORAN SERANGAN REJIM

DUNIA

80,000 LARI KE SEMPADAN TURKI EKORAN SERANGAN REJIM

IDLIB: Sekurang-kurangnya 80,000 warga Syria melarikan diri ke sempadan Turki dalam tempoh lima hari lalu ekoran serangan rejim Bashar al-Assad, Rusia dan kumpulan disokong Iran di utara wilayah konflik itu.

Pengarah Kumpulan Koordinasi Tindakbalas Syria, Mohammad Halaj, ketika dipetik agensi berita Anadolu berkata, sekurang-kurangnya 180,000 orang awam hilang tempat tinggal di Idlib ekoran serangan udara sejak November itu.

Tentera rejim dan Rusia menyerang hospital, sekolah, masjid dan rumah penduduk menyebabkan mereka terpaksa keluar dari bandar itu, kata Mohammad yang menyimpan data mereka yang terjejas di zon larangan operasi tentera itu.

Pada September 2018, Turki dan Rusia bersetuju untuk menjadikan Idlib sebagai zon de-eskalasi atau zon larangan operasi tentera di mana sebarang tindakan keganasan di zon itu  adalah dilarang.

Sejak itu, lebih 1,300 orang awam terbunuh dalam serangan udara tentera rejim dan Rusia.

Idlib menempatkan 2.4 juta penduduk dan menjadi tempat perlindungan kepada 1.3 juta individu yang hilang tempat tinggal akibat konflik di Syria.

Sekiranya rejim Bashar dan sekutunya meneruskan tindakan agresif di wilayah itu, Turki dan Eropah akan berdepan gelombang kedua kebanjiran pelarian dari wilayah konflik Syria. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading