Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

94 PERATUS SOKONG ‘LOCKDOWN’ PENUH

DALAM NEGARA

94 PERATUS SOKONG ‘LOCKDOWN’ PENUH

(GAMBAR ARKIB OLEH: Mohd RASFAN / AFP)

KUALA LUMPUR: Menerusi undian di Twitter yang dibuat Berita Alhijrah pada 17 Mei 2021 berhubung pilihan sama ada perlu dilakukan ‘Lockdown’ Sepenuhnya atau Tidak Perlu ‘Lockdown’, 94.3 peratus mengundi agar ‘Lockdown’ Sepenuhnya dilakukan.

Manakala 5.7 peratus pula menyokong Tidak Perlu ‘Lockdown’.

Setakat jam 5 petang ini, undian tersebut disertai 2,493 orang.

Undian dibuat susulan peningkatan kes baharu positif COVID-19 serta angka korban harian yang membimbangkan.

“Adalah lebih baik untuk Lockdown’ Sepenuhnya. Kebaikan yang lebih syumul kepada kesihatan rakyat dan ekonomi negara,” kata seorang pengguna Twitter, Mohamad Zarif Rafian sebagai maklum balas undian tersebut.

Undian tersebut akan ditutup tengah malam ini.

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dijangka dibincangkan esok. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading