Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WILAYAH PERSEKUTUAN BERMUNAJAT SETIAP HARI MOHON COVID-19 SEGERA DIBENDUNG

DALAM NEGARA

WILAYAH PERSEKUTUAN BERMUNAJAT SETIAP HARI MOHON COVID-19 SEGERA DIBENDUNG

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil inisiatif menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat setiap hari bermula hari ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, program itu dibuat susulan situasi terkini peningkatan kes penularan wabak Covid-19 yang melanda negara.

“Program Wilayah Persekutuan Bermunajat dibuat setiap hari selepas solat Maghrib dan solat Jumaat di masjid, surau Jumaat dan surau serta kediaman masing-masing di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kaedah pelaksanaan program tersebut adalah dengan memastikan imam yang bertugas di masjid, surau Jumaat dan surau membacakan teks zikir dan doa yang telah disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan menggunakan pembesar suara yang jelas didengar oleh ahli kariah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ajib mengajak orang ramai bersama-sama bermunajat dan berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk agar penularan wabak Covid-19 dapat segera dibendung serta negara Malaysia tercinta sentiasa dikurniakan perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading