Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWI LANCAR KEMPEN SUMBANGAN RAKYAT PALESTIN

DALAM NEGARA

JAWI LANCAR KEMPEN SUMBANGAN RAKYAT PALESTIN

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melancarkan kempen sumbangan bagi rakyat Palestin melalui 89 masjid dan 123 surau Jumaat di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Menurut JAWI, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Sumbangan bagi rakyat Palestin melalui kutipan Jumaat di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 21 Mei dan 28 Mei 2021.

“Sumbangan juga boleh disalurkan secara dalam talian melalui masjid dan surau Jumaat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Inisiatif yang digerakkan di bawah penyelarasan agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tersebut adalah lambang solidariti umat Islam susulan penindasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin,” kata kenyataan JAWI.

Selain kempen sumbangan, JAWI juga telah menganjurkan solat hajat dan doa selamat untuk mendoakan kesejahteraan rakyat di Palestin. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading