TIMBALAN PENGERUSI TETAP UMNO, DATUK SERI RIZUAN MENINGGAL DUNIA

Sumber Gambar: The Star

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara tersebut melalui hantaran di Facebook beliau.

“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Dato Seri Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” katanya.

Sebelum ini, Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong berada dalam keadaan kritikal selepas disahkan positif COVID-19 pada 1 Mei dan dikuarantin serta dipindahkan ke ICU pada 3 Mei lalu.

Isterinya, bekas Ketua Auditor Negara, Tan Sri Madinah Mohamed turut dimasukkan ke ICU di tempat yang sama.–AlHijrah Online

Leave a Reply