Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

97 KOMPAUN DIKELUARKAN KEPADA PENGENDALI MAKANAN BAZAR RAMADAN DI KELANTAN

DALAM NEGARA

97 KOMPAUN DIKELUARKAN KEPADA PENGENDALI MAKANAN BAZAR RAMADAN DI KELANTAN

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kebanyakan kesalahan berhubung ketidakpatuhan pakaian pengendali makanan seperti tidak memakai apron, kasut, penutup kepala dan pakaian tidak bersih.

MACHANG: Sejumlah 97 notis kompaun di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1973 dikeluarkan kepada pengendali makanan sepanjang minggu pertama Ramadan di Kelantan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. 

“Kebanyakan kesalahan berhubung ketidakpatuhan pakaian pengendali makanan seperti tidak memakai apron, kasut, penutup kepala dan pakaian tidak bersih,” katanya kepada pemberita selepas ‘Walkabout Bazar Ramadan 2025’ dan ‘Pelancaran Kod QR WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan’ di sini, pada Isnin.

Beliau berkata pada tahun ini sebanyak 73 bazar Ramadan berdaftar dengan PBT dan 1,967 pengendali makanan diperiksa dengan 823 daripadanya berada pada tahap bersih.

Selain itu, jabatan kesihatan negeri menubuhkan 59 pasukan pemantau terdiri daripada 249 penolong pegawai kesihatan persekitaran serta pembantu kesihatan awam bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading