AB RAUF ANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA KE-13
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diadakan Nov 2021, Ab Rauf yang pertama kali bertanding, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara selepas memperoleh 3,559 undi dalam saingan tiga penjuru.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menter Melakai Ke-13 pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Seri Utama Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh hari ini. fotoBERNAMA
MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-13.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri di sini, pada pukul 3.33 petang secara tertutup.
Hadir sama, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, barisan ADUN dan ahli Parlimen serta ketua-ketua jabatan.
Majlis angkat sumpah berkenaan diadakan selepas ADUN Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang dilantik kali kedua sebagai Ketua Menteri Melaka pada 21 Nov 2021, melepaskan jawatannya.
Sulaiman sebelum itu dilantik sebagai Ketua Menteri buat kali pertama pada 9 Mac 2020.
Ab Rauf, 62, merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sejak 2018 serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diadakan Nov 2021, Ab Rauf yang pertama kali bertanding, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara selepas memperoleh 3,559 undi dalam saingan tiga penjuru.
Anak jati kelahiran Masjid Tanah itu menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang memperoleh 3,195 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan (489 undi).
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri di bawah pentadbiran Sulaiman.
PRN Melaka itu diadakan berikutan empat ADUN kerajaan negeri diketuai bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sebelum itu menarik sokongan terhadap Sulaiman.
Dalam pilihan raya itu, Barisan Nasional (BN) menang besar selepas memperoleh 21 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Ab Rauf sebelum itu dilantik sebagai Speaker DUN Melaka pada 11 Mei 2020 ketika pertukaran kerajaan pada Mac 2020.
Sementara itu, pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian pada 18 Mac lepas, Ab Rauf menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah dan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 22 Mac lepas.
Ab Rauf mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram sebelum menyambung pendidikan di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Datin Seri Zuriyah Aziz.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked