Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR KOLEJ JUAL KEK GANJA DITAHAN

DALAM NEGARA

PELAJAR KOLEJ JUAL KEK GANJA DITAHAN

“Sejumlah 6 kilogram (kg) kek mengandungi ganja bernilai RM21,000 dirampas. Punca bekalan diperoleh masih dalam siasatan.”

KUALA LUMPUR: Kegiatan seorang pelajar kolej swasta menjual kek dicampur ganja terbongkar selepas diberkas di Jalan 9, di sini, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pelajar lelaki berusia 19 tahun itu aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu.

“Sejumlah 6 kilogram (kg) kek mengandungi ganja bernilai RM21,000 dirampas. Punca bekalan diperoleh masih dalam siasatan,”

“Suspek adalah penuntut kolej swasta. Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau dan bebas daripada sebarang jenis dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Yahaya, serbuan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur selama tiga jam bermula pada pukul 5 petang.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading