Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ABIM GESA PBB KUATKUASA RESOLUSI 2334, HERET ISRAEL KE ICC

DALAM NEGARA

ABIM GESA PBB KUATKUASA RESOLUSI 2334, HERET ISRAEL KE ICC

PUTRAJAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Badan Masyarakat Madani (SCO) hari ini menyerahkan memorandum menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendukung perjuangan kebenaran dan keadilan kepada Palestin.

Memorandum mengandungi empat tuntutan yang antara lain menggesa PBB menguatkuasakan Resolusi 2334 dan mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu diserahkan oleh Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz kepada Koordinator Residen PBB di Malaysia Stefan Priesner di pejabatnya di sini.

Muhammad Faisal turut menyerahkan anak pokok zaitun kepada Stefan sebagai simbolik keadilan, kebebasan dan keamanan yang perlu dijaga dan dipelihara di negara yang menjadi mangsa kekejaman Israel itu.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan hampir setengah jam itu, Muhammad Faisal berkata kesempatan itu digunakan bagi mengingatkan PBB tentang kekejaman Zionis terhadap penduduk agar dihentikan melalui peranan yang dimainkan oleh pertubuhan itu.

Beliau berkata, Abim sebagai wakil kepada komuniti antarabangsa mahu PBB mengambil tanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan sejagat dengan mengambil tindakan keras ke atas rejim Israel bertepatan dengan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB yang disepakati pada 23 Dis, 2016.

Muhammad Faisal berkata memorandum itu juga menggesa PBB agar lebih tegas dalam mempertahankan hak warga Palestin, khasnya hak beribadah secara aman dan bebas di Masjid al-Aqsa tanpa sebarang gangguan dan ancaman daripada rejim Israel.

Stephen pula berkata, beliau menyambut baik usaha Abim dan menghargai kandungan cadangan dalam memorandum itu — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading