AGONG, PERMAISURI DUKACITA TIDAK DAPAT SINGGAH SANTUNI RAKYAT DI BEBERAPA LOKASI
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak semasa program Kembara Kenali Borneo seperti yang dirancangkan.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak semasa program Kembara Kenali Borneo seperti yang dirancangkan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata di Sabah, rombongan Kembara Kenali Borneo tidak dapat singgah di Menara Kayangan, Lahad Datu yang dijadualkan pada 4 Sept dan Tagal, Sungai Moroli di Ranau pada keesokan harinya.
Di Sarawak pula, rombongan Seri Paduka berdua tidak dapat mengunjungi Tokong Yu Lung Sian En Si di Sibu yang dijadualkan pada 11 Sept selain rombongan juga tidak dapat mengunjungi Masjid Bandar Sri Aman dan kemudiannya Fort Alice di Sri Aman sehari selepas itu.
“Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berdua serta rombongan tidak berkesempatan singgah di lokasi-lokasi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan bukanlah disengajakan.
“Seri Paduka Baginda berdua, dalam menyantuni ribuan rakyat yang menunggu sepanjang jalan, juga mengejar masa untuk berangkat tiba di majlis-majlis santapan malam bersama rakyat yang melibatkan kehadiran ratusan atau ribuan hadirin pada waktu yang telah ditetapkan di hari-hari berkenaan,” katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah amat prihatin terhadap keterujaan dan semangat kasih sayang rakyat yang setia menunggu ketibaan rombongan untuk bertemu, bersalaman dan bergambar dengan Seri Paduka berdua di lokasi-lokasi berkenaan.
Zahari berkata Seri Paduka bertitah sekiranya keadaan mengizinkan, baginda berhasrat berangkat menyantuni rakyat di lokasi-lokasi tersebut di masa hadapan.
“Selanjutnya, jika keadaan tidak mengizinkan, bermungkinan paduka-paduka anakanda akan mewakili Baginda berdua,” katanya.
Program Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan bermula di Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas dan melabuhkan tirai di Telok Melano, Sarawak pada Rabu.
Jelajah yang melibatkan perjalanan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked