Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI WARGA ASING DITAHAN JADI ALONG

DALAM NEGARA

LELAKI WARGA ASING DITAHAN JADI ALONG

Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, di sini pada Rabu lepas.

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, di sini pada Rabu lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia berusia 27 itu bekerja sebagai operator kilang di kawasan Bayan Lepas sejak 2014 dengan menggunakan pas lawatan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki menjalankan kegiatan along sejak tahun lepas dengan menyasarkan pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas.

“Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sama ada suspek turut melakukan ugutan jenayah jika peminjam gagal menbayar hutang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading