NAHAS PESAWAT ELMINA: TIDAK MUNGKIN DAPAT DISELAMATKAN – LAPORAN AWAL AAIB
Laporan awal mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam sehingga mengorbankan nyawa bulan lepas mendedahkan bahawa, mangsa kemalangan itu tidak mungkin dapat diselamatkan (not survivable) disebabkan magnitud daya hentaman kuat (deceleration force) dan kebakaran dahsyat susulan nahas.
KUALA LUMPUR: Laporan awal mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam sehingga mengorbankan nyawa bulan lepas mendedahkan bahawa, mangsa kemalangan itu tidak mungkin dapat diselamatkan (not survivable) disebabkan magnitud daya hentaman kuat (deceleration force) dan kebakaran dahsyat susulan nahas.
Menurut Laporan Awal Kemalangan Pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan (MOT), berdasarkan analisis visual dan pemerhatian di tempat kejadian, hujung sayap kanan pesawat itu merupakan bahagian pertama yang menghentam bumi, sebelum disusuli serta-merta dengan bahagian muncung hadapan pesawat itu pada kelajuan tinggi.
Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi, membawa kepada kematian penumpang pesawat.
“Impak sekuat ini, corak perlanggaran dan magnitud yang melebihi had toleransi manusia, menunjukkan bahawa ini bukan kemalangan yang boleh diselamatkan,” menurut laporan yang diterbitkan di laman web rasmi MOT hari ini.
Dalam kejadian pada 17 Ogos lepas, pesawat persendirian dengan nombor pendaftaran N28JV yang terhempas di Elmina, Shah Alam, telah mengakibatkan 10 orang terkorban, yang terdiri daripada lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan), serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing)
Merujuk kepada kebakaran susulan nahas, menurut laporan berkenaan perlanggaran dahsyat pesawat itu ke tanah, di samping kewujudan bahan api mudah terbakar di dalam tangki pesawat, mencetuskan kebakaran yang dahsyat.
Menurutnya kebakaran itu menyambar seluruh badan pesawat, penumpang pesawat serta pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal.
“Beberapa mayat hangus. Tiada mangsa yang terselamat dalam kemalangan dahsyat ini,” menurut laporan itu.
Sementara itu MOT dalam satu kenyataan hari ini berkata laporan akhir penyiasatan akan disiapkan selewat-lewatnya Ogos tahun depan selaras dengan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13), yang membenarkan tempoh 12 bulan untuk memuktamadkan dokumen susulan kemalangan itu.
Pihak kementerian turut merakamkan penghargaan atas usaha gigih AAIB, dan komited untuk meningkatkan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan biro itu.
“MOT juga menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat dan Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura kerana memberikan bantuan yang tidak ternilai dalam penyiasatan AAIB melalui wakil bertauliah dan penasihat teknikal masing-masing, di dalam negara dan luar negara,” kata MOT.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests