Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia

Allahyarham Datuk Dr Md Farid

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), menghembus nafas terakhir sekitar jam 5.30 pagi di Hospital Pontian.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan berita itu menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Makluman pemergian Allahyarham Datuk Wira Dr Farid di laman Facebook Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pagi ini.

Terdahulu, Allahyarham menerusi laman Facebooknya sempat mengemaskini status memaklumkan beliau menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2019.

Sementara itu, hantaran (posting) dalam laman sosial tersebut memuatkan makluman pemergian Allahyarham yang menerima ucapan takziah dari orang ramai yang mengenali Allahyarham.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham yang bertanding atas tiket PKR menang dengan undi 21,255 selepas mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Leave a Reply