Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AIDILADHA: SELANGOR UMUM CUTI TAMBAHAN PADA JUMAAT 30 JUN

DALAM NEGARA

AIDILADHA: SELANGOR UMUM CUTI TAMBAHAN PADA JUMAAT 30 JUN

Kerajaan Selangor memberikan cuti tambahan pada Jumaat 30 Jun kepada penjawat awam di negeri itu sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Khamis 29 Jun.

Sumber Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memberikan cuti tambahan pada Jumaat 30 Jun kepada penjawat awam di negeri itu sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Khamis 29 Jun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim berkata, kemudahan cuti tambahan itu khusus kepada semua penjawat awam di Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri sahaja.

“Walaubagaimanapun, Badan Berkanun, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan pihak Swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265).

“Cuti tambahan itu selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), katanya dalam satu kenyataan hari ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading