AIDILFITRI: JOHOR UMUM CUTI AM TAMBAHAN ISNIN 24 APRIL

KUALA LUMPUR: Kerajaan Johor mengumumkan Hari Kelepasan Am Tambahan pada Isnin 24 April sempena Aidilfitri, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam kenyataannya hari ini berkata, cuti umum itu atas perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan (Akta 369).

“Seperti yang semua sedia maklum, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Hari Kelepasan Am sempena Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat 21 April atau Isnin 24 April.

“Ia bergantung kepada pengumuman tarikh 1 Syawal oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Khamis ini,” katanya.—AlHijrah Online

Leave a Reply