Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NEGERI SEMBILAN ALU-ALUKAN JEMAAH PAKAI PELITUP MUKA KETIKA SOLAT AIDILFITRI

DALAM NEGARA

NEGERI SEMBILAN ALU-ALUKAN JEMAAH PAKAI PELITUP MUKA KETIKA SOLAT AIDILFITRI

Kerajaan Negeri Sembilan mengalu-alukan jemaah untuk menggunakan pelitup muka dan membawa sejadah sendiri ketika hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengalu-alukan jemaah untuk menggunakan pelitup muka dan membawa sejadah sendiri ketika hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata pemakaian pelitup muka itu juga sebagai usaha jemaah untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan orang lain lebih-lebih lagi negara masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik.

“Kita belum wajibkan, tetapi pada siapa yang ingin menggunakannya juga amat dialu-alukan. Subuh tadi, ketika saya qiam dan solat subuh di Masjid Taman Tunku Ja’afar, saya lihat warga emas ramai yang menggunakan pelitup muka dan menggunakan sejadah masing-masing.

“Jadi, saya rasa ini keprihatian yang baik dalam kalangan mereka untuk menjaga kesihatan. Ini (pelitup muka) harus digalakkan tetapi kita bukan wajibkan lagi di Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mantai Aidilfitri 2023 di Sikamat di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dilaporkan berkata pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau amat digalakkan.

Beliau berkata negara masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik, justeru prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa pada masa ini amat menggalakkan pemakaian pelitup muka sekiranya berada di kawasan ramai orang dan sesak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading