Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AJAK SHIRO, BOMBA SELAMATKAN LELAKI MAHU TERJUN BANGUNAN

DALAM NEGARA

AJAK SHIRO, BOMBA SELAMATKAN LELAKI MAHU TERJUN BANGUNAN

Pelawak, Mohd Hanaffi Razak atau dikenali Ajak Shiro bersama anggota Bomba Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang mahu melakukan cubaan terjun dari bangunan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Pelawak, Mohd Hanaffi Razak atau dikenali Ajak Shiro bersama anggota Bomba Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang mahu melakukan cubaan terjun dari bangunan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki berkenaan yang mahu melakukan cubaan terjun dari bangunan, kira-kira jam 10.23 pagi.

“Petugas PGO Kuala Lumpur, Azaha Yasim, menjawab panggilan tersebut, kecekapan dan ketenangan pegawai tersebut dalam mengendalikan proses memujuk mangsa telah dilakukan selama lebih kurang 30 minit melalui perbualan telefon.

“Dalam masa sama, bomba turut mengerahkan anggota dan jenteranya untuk ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki tersebut memohon untuk bercakap dengan kenalannya iaitu Ajak Shiro kemudian PGO Kuala Lumpur berjaya menyambungkan talian lelaki itu kepada selebriti yang juga penyampai radio.

Setibanya anggota bomba di lokasi kejadian pada 10.32 pagi, lelaki itu didapati berada di hujung bangunan tingkat 11 dan sukar untuk didekati kerana individu tersebut memegang parang.

“Mangsa akhirnya berjaya dipujuk oleh anggota bomba dengan bantuan Ajak yang turut hadir ke lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.29 tengahari,” katanya.

Difahamkan lelaki berusia 49 tahun yang bekerja sendiri itu melakukan tindakan tersebut disebabkan mengalami tekanan hidup.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading