ALLAHYARHAM NIK AZIZ ANTARA INDIVIDU DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PSM, BAWA GELARAN ‘TAN SRI’

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – AFP

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat antara individu yang dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Penganugerahan itu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Allahyarham Nik Aziz, turut dikurniakan darjah kebesaran PSM ialah 25 individu lain termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Patmanathan, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.

Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Al-Sultan Abdullah hari ini. – AlHijrah Online

Leave a Reply