Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI TIGA NEGERI

UTAMA

AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI TIGA NEGERI

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan tiga negeri iaitu Johor hingga Jumaat manakala Sarawak dan Sabah hingga Ahad ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan tiga negeri iaitu Johor hingga Jumaat manakala Sarawak dan Sabah hingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Johor adalah daerah Mersing dan Kota Tinggi hingga 20 Dis.

Di Sarawak, hujan berterusan hingga 22 Dis ini melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko akibat hujan lebat. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading