Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI TIGA NEGERI HINGGA TENGAH HARI INI 

DALAM NEGARA

AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI TIGA NEGERI HINGGA TENGAH HARI INI 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 12 tengah hari ini.

Gambar ARKIB.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Selangor iaitu daerah Kuala Selangor, Klang, Petaling serta Kuala Langat.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Keadaan cuaca sama dijangka melanda Melaka membabitkan Alor Gajah dan Melaka Tengah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading