Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TABUNG HAJI KERJASAMA RAPAT DENGAN SKMM, POLIS BANTERAS PAKEJ HAJI PALSU

DALAM NEGARA

TABUNG HAJI KERJASAMA RAPAT DENGAN SKMM, POLIS BANTERAS PAKEJ HAJI PALSU

Lembaga Tabung Haji (TH) akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis dalam membanteras penipuan pakej haji. 

Sumber Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM: Lembaga Tabung Haji (TH) akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis dalam membanteras penipuan pakej haji. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia membabitkan kandungan atau iklan dalam talian yang menawarkan pakej palsu sekali gus memperdaya umat Islam yang berhasrat untuk menunaikan ibadah berkenaan. 

Beliau berkata arahan juga telah diberikan kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Syed Hamadah Syed Othman untuk memantau rapat kes membabitkan penipuan. 

“Dalam masa sama, saya seru supaya mereka yang berhasrat untuk menunaikan haji dan umrah untuk membuat semakan, dalam konteks umrah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ada sistem yang menyenaraikan ejen bertauliah. 

“Dalam konteks haji pula kita ada 37 penyelia jemaah haji yang diberi tauliah dan lesen oleh Tabung Haji, oleh itu orang ramai perlu buat semakan supaya tidak tertipu,” katanya selepas Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor 1446H di sini hari ini. 

Mengulas mengenai jemaah haji Selangor bagi tahun 1446H, Mohd Nai’m berkata daripada 8,338 jemaah, daerah Hulu Langat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,771 orang, diikuti Petaling (2,593) dan Gombak (645). 

Selain itu, Klang (640), Sepang (452), Kuala Selangor (371), Kuala Langat (330), Hulu Selangor (309) dan Sabak Bernam (227).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading