JANGAN ANIAYA SESAMA ISLAM, TAWAR PAKEJ HAJI PALSU – SULTAN SELANGOR
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam tidak menganiaya sesama mereka dengan menawarkan pakej haji palsu semata-mata untuk mengaut keuntungan.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam tidak menganiaya sesama mereka dengan menawarkan pakej haji palsu semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Sultan Sharafuddin bertitah kerajaan memandang serius kes seumpama itu selain Islam sendiri melarang umatnya menipu dan dosa mereka yang terlibat dalam kegiatan itu akan dibalas Allah SWT.
Baginda bertitah orang ramai juga sepatutnya menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dan bukan agensi yang tidak diketahui latar belakangnya hingga berlaku penipuan sekali gus menggagalkan hasrat jemaah untuk menunaikan ibadah berkenaan.
“Beta berharap pada masa akan datang tiada lagi kes jemaah haji yang ditipu oleh ejen yang tidak bertauliah,” titah baginda pada Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor 1446H di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Sultan Sharafuddin juga mengingatkan jemaah Selangor menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadah ketika berada di Tanah Suci dan mengelak daripada terlibat dengan sebarang bantahan atau demonstrasi selain patuh kepada arahan petugas TH di sana.
“Beta dimaklumkan bahawa setakat ini jemaah haji Malaysia termasuk jemaah haji dari Selangor adalah antara jemaah yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Beta berharap tuan-tuan dan puan-puan terus mengekalkan disiplin diri semasa berada di Tanah Suci nanti dan menjaga nama baik Selangor dan Malaysia,” titah baginda.
Sultan Selangor juga bertitah para jemaah hendaklah menjaga kesihatan memandangkan ibadah haji memerlukan pergerakan fizikal yang banyak dan segera mendapatkan rawatan jika ada masalah kesihatan bagi mengelakkan ibadah mereka terjejas.
“Beta juga berkenan untuk menasihati para jemaah haji sekalian mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Arab Saudi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera dan terhindar daripada sebarang masalah,” titah baginda.
Pada majlis berkenaan Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan cenderamata berupa barangan kelengkapan haji kepada wakil setiap daerah di Selangor.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked