Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMBANG TAHUN BAHARU: TIKET KONSERT TV ALHIJRAH ‘SOLD OUT’ DALAM 20 MINIT

DALAM NEGARA

AMBANG TAHUN BAHARU: TIKET KONSERT TV ALHIJRAH ‘SOLD OUT’ DALAM 20 MINIT

Meraikan kehangatan industri nasyid yang sedang ‘melanda’ di Malaysia, TV AlHijrah turut menyambut baik usaha tersebut dalam masa yang sama menghargai penonton setia TV AlHijrah.

KUALA LUMPUR: Konsert nasyid percuma anjuran TV AlHijrah, Konsert Malam Hijrah Bergema sempena Ambang Tahun Baharu 2026 habis diagihkan hanya dalam tempoh 20 minit.

Meraikan kehangatan industri nasyid yang sedang ‘melanda’ di Malaysia, TV AlHijrah turut menyambut baik usaha tersebut dalam masa yang sama menghargai penonton setia TV AlHijrah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris, sambutan diluar jangkaan itu amat membanggakan selari usaha konsert dianjurkan bagi menawarkan cara menyambut tahun baharu mengikut syariah Islam.

“TV AlHijrah turut sertai ‘gelombang’ konsert nasyid yang diadakan oleh artis-artis nasyid Malaysia, untuk bersama memberi sokongan kepada industri tersebut.

“Buat penonton TV AlHijrah yang sentiasa bersama kami, inilah hadiah yang paling istimewa untuk kalian dalam menyokong usaha dakwah kami,” katanya.

Konsert Malam Hijrah Bergema akan berlangsung pada 31 Disember 2025, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bakal menampilkan barisan artis terkenal tanah air.

Konsert tersebut dalam masa sama memberikan perubahan dalam menyambut ambang tahun baharu yang menyajikan santapan rohani dalam berhibur.

Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk mendapat tiket, siaran langsung akan disediakan pada 31 Disember 2025 jam 9 malam, yang boleh ditonton di TV AlHijrah saluran 114, platform digital TV AlHijrah dan aplikasi AlHijrah Plus.

Dalam masa yang sama, Konvensyen Assalamualaikum yang dianjur TV AlHijrah turut mendapat sambutan diluar jangka selepas tiket konvensyen yang disediakan, selesai diagihkan.

Konvensyen tersebut menampilkan para asatizah antaranya Muzayyanah Abdullah, Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan, serta selebriti Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Abu Talib Husin.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading