Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMBULANS BAWA JENAZAH TERBABIT KEMALANGAN

DALAM NEGARA

AMBULANS BAWA JENAZAH TERBABIT KEMALANGAN

“Sewaktu kejadian, ambulan membawa seorang pesakit berusia 55 tahun ke Hospital Kemaman namun pesakit yang nazak itu meninggal dunia ketika berada dalam ambulan berkenaan.”

KEMAMAN: Sebuah ambulans membawa pesakit yang telah meninggal dunia terbalik apabila dirempuh sebuah kenderaan pikap, di Kilometer 1, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran persimpangan lampu isyarat dekat Majlis Perbandaran Kemaman hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam insiden sekitar jam 10.45 pagi itu, pemandu ambulans yang berusia 37 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pembantu perubatan berumur 27 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sewaktu kejadian, ambulan membawa seorang pesakit berusia 55 tahun ke Hospital Kemaman namun pesakit yang nazak itu meninggal dunia ketika berada dalam ambulan berkenaan.”

“Bagaimanapun ketika di lokasi kejadian, ambulans tersebut dirempuh sebuah kenderaan pikap jenis Mitsubishi yang dalam perjalanan ke Teluk Kalong, Kemaman.” katanya.

Hanyan berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pikap itu  membelok ke kanan sebaik lampu isyarat hijau dan gagal mengelak ambulans terbabit dari arah Air Putih. 

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading