Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANAK GADDAFI DIBEBASKAN DARI PENJARA LUBNAN SELEPAS 10 TAHUN – LAPORAN

UTAMA

ANAK GADDAFI DIBEBASKAN DARI PENJARA LUBNAN SELEPAS 10 TAHUN – LAPORAN

Hannibal Gaddafi, anak kepada bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi dibebaskan daripada penjara di Lubnan selepas menjalani hukuman selama 10 tahun, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Agensi Berita Negara Lubnan (NNA).

Sumber: Reuters

BEIRUT: Hannibal Gaddafi, anak kepada bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi dibebaskan daripada penjara di Lubnan selepas menjalani hukuman selama 10 tahun, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Agensi Berita Negara Lubnan (NNA).

Menurut laporan, Hannibal dipenjara atas tuduhan menyembunyikan maklumat mengenai kes penculikan dan kehilangan tokoh Syiah, Imam Musa Sadr serta dua pengiringnya.

Pembebasan itu dibenarkan selepas pasukan peguamnya membayar wang ikat jamin berjumlah US$893,000 dan menguruskan status perundangan di Direktorat Keselamatan Am Lubnan, selaras dengan prosedur yang diguna pakai terhadap semua tahanan asing.

Seorang daripada peguamnya, Charbel al-Khoury sebelum ini memberitahu RIA Novosti bahawa pihak kehakiman Lubnan masih perlu memutuskan sama ada untuk menarik balik larangan perjalanan terhadap Gaddafi, yang akan membolehkannya meninggalkan negara itu sebaik sahaja dibebaskan.

Pada 2015, sekumpulan lelaki bersenjata menculik Hannibal Gaddafi di Syria berhampiran sempadan Lubnan dalam satu serangan hendap.

Beliau kemudiannya dibawa ke Lubnan dan pihak berkuasa menahannya daripada penculik sebelum menyerahkannya kepada jabatan keselamatan dalam negeri.

Mahkamah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas tuduhan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan Imam Musa Sadr di Libya pada 1978.

Pada 2016, Hannibal Gaddafi didakwa secara rasmi atas tuduhan beliau mengetahui lokasi Imam Musa Sadr antara 1978 hingga 1982. Hannibal bagaimanapun menafikan tuduhan terbabit.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading