Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG JEMAAH HAJI MALAYSIA MUSIM 2025 SEDANG ‘BERJUANG’ DENGAN PNEUMONIA DI MAKKAH

DALAM NEGARA

SEORANG JEMAAH HAJI MALAYSIA MUSIM 2025 SEDANG ‘BERJUANG’ DENGAN PNEUMONIA DI MAKKAH

Asmah Mansor, 71, berjaya menyempurnakan ibadah haji sekaligus menunjukkan semangat serta ketabahan luar biasa meskipun berdepan masalah kesihatan.

Gambar: Dato Setia Dr Mohd Naim

MAKKAH: Seorang jemaah haji wanita Malaysia musim 1446H/2025 kini sedang menerima rawatan intensif di Hospital Saudi German, di sini, selepas disahkan menghidap pneumonia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Asmah Mansor, 71, berjaya menyempurnakan ibadah haji sekaligus menunjukkan semangat serta ketabahan luar biasa meskipun berdepan masalah kesihatan.

“Fokus kita adalah untuk memastikan kesihatan beliau pulih sepenuhnya. Beliau dirawat sejak 13 September 2025 akibat pneumonia. Asmah masih memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan ‘ventilator’ berterusan.

“Walaupun pihak hospital telah memberikan kebenaran untuk beliau kembali ke Malaysia, kepulangan Asmah memerlukan perancangan dan logistik perubatan yang sangat kompleks dan melibatkan kos tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Jelas Mohd Na’im, kos tinggi tersebut disebabkan beliau perlu menggunakan ‘ventilator’ sepanjang masa, termasuk di dalam pesawat, bagi memastikan kestabilan keadaannya.

Asmah akan meneruskan rawatan intensif di Makkah sehingga pasukan perubatan dapat menentukan kaedah pemindahan yang paling selamat dan sesuai, katanya.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan kesembuhan Asmah.

“Tabung Haji dan kerajaan Malaysia akan terus memastikan kebajikan dan rawatan terbaik diberikan sehingga beliau pulih sepenuhnya.

“Semoga Allah SWT mengangkat darjatnya di sisi-Nya. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading