Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANAK PENGSAN KETIKA BERKAWAD, TINDAKAN PANTAS BAPA UNDANG HIBA

DALAM NEGARA

ANAK PENGSAN KETIKA BERKAWAD, TINDAKAN PANTAS BAPA UNDANG HIBA

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang bapa berlari menyelamatkan anaknya yang pengsan ketika berkawad sehingga terlucut selipar yang dipakai mengundang rasa hiba netizen.

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang bapa berlari menyelamatkan anaknya yang pengsan ketika berkawad sehingga terlucut selipar yang dipakai mengundang rasa hiba netizen.

Kejadian berlaku pagi tadi di Maktab Penjara Kajang ketika mangsa sedang berkawad sempena Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Berdasarkan perkongsian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bapa mangsa yang berada di khemah tetamu terus berlari ke arah anaknya yang rebah kerana menahan terik matahari.

“Yang hadir di padang kawad pagi tadi menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya.

“Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah.

“Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali,” kata Alexander.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang masih mempunyai insan bergelar ayah untuk hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading