Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS CEDERA PARAH TERTEMBAK KEPALA SENDIRI

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS CEDERA PARAH TERTEMBAK KEPALA SENDIRI

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis cedera parah dipercayai tertembak kepalanya sendiri dengan senjata api jenis pistol dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini pada Selasa.

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis cedera parah dipercayai tertembak kepalanya sendiri dengan senjata api jenis pistol dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.12 petang, memaklumkan anggota polis lelaki berusia 58 tahun bertugas di cawangan kem komandan dijumpai dalam keadaan parah.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan telah dilepaskan daripada senjata yang digunakan oleh anggota terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata setakat pukul 10 malam ini, anggota polis itu masih menerima rawatan di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, Hamzah meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga boleh mengganggu siasatan pihak polis. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading