Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMUA MASJID DI PERLIS DIARAH BACA QUNUT NAZILAH BERMULA ESOK

DALAM NEGARA

SEMUA MASJID DI PERLIS DIARAH BACA QUNUT NAZILAH BERMULA ESOK

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah arahan itu mendapat limpah perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa tindakan serangan dan sekatan bantuan kemanusiaan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KANGAR: Semua masjid di Perlis diarahkan untuk membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu bermula Subuh esok hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah arahan itu mendapat limpah perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa tindakan serangan dan sekatan bantuan kemanusiaan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Dengan ini diperintahkan kepada semua masjid di negeri Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu bermula daripada waktu subuh, 9 April 2025 (Rabu) bersamaan 10 Syawal 1446H hingga ke satu tempoh yang dimaklumkan kelak,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pada 3 April lepas, Bernama memetik laporan Anadolu Anjansi sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza termasuk ke atas sebuah blok pangsapuri di kejiranan Shejaiya yang menyebabkan 15 orang terkorban.  

Israel memperbaharui serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 18 Mac lepas sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada Januari lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading