KOTA BHARU: Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap lapan pertuduhan mencabul, melakukan peras ugut dan seks oral terhadap pasangan kekasih di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 4 Disember lalu.
Kedua-dua tertuduh, Mohd Hanafi Mohd Zaki, 35, dan Mohammad Izauddin Abd Wahab, 30, didakwa terhadap tiga pertuduhan secara bersama, manakala masing-masing berhadapan dua dan tiga pertuduhan lagi yang didakwa secara berasingan.
Tertuduh kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Berdasarkan pertuduhan bersama yang pertama, Mohd Hanafi dan Mohammad Izauddin didakwa mengarahkan mangsa lelaki berusia 30 tahun melakukan kelucahan melampau terhadap seorang mangsa wanita berusia 30 tahun di kawasan kilang terbiar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada 4 Disember lalu, antara jam 10.45 malam hingga 12 tengah malam.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mengarahkan mangsa wanita berkenaan melakukan seks oral terhadap mangsa lelaki serta melakukan pemerasan dengan meminta wang RM1,250 sebagai dorongan mangsa tidak dirujuk kepada pejabat agama di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan dengan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika disabitkan bersalah.
Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Azlinawati Mohd Arshad.
Kedua-dua tertuduh diwakil peguam Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Mohamad.
Sementara itu, dalam dua tuduhan berasingan untuk tertuduh Mohd Hanafi, dia didakwa mencabul mangsa wanita dan mengarahkan mangsa lelaki menanggalkan pakaian sehingga bogel dengan maksud mengaibkan kehormatan mangsa, antara jam 10.45 malam hingga 12 tengah malam dalam sebuah kereta jenis Honda Civic di Jalan Padang Tembak.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tiga pertuduhan berasingan tertuduh kedua pula, Mohammad Izauddin didakwa mencederakan mangsa lelaki dengan menumbuk belakang telinga kiri sehingga lebam, mengarahkan mangsa wanita menanggalkan pakaian hingga bogel dengan niat untuk mengaibkan kehormatan serta melakukan persetubuhan luar tabii dengan mangsa wanita.
Kejadian itu dilakukan antara jam 10.45 malam hingga 12 tengah malam di Jambatan Pak Nik Lah dan tempat letak kereta di sebuah Masjid Padang Tembak.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali serta Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah menawarkan jaminan RM 20,000 kepada Mohd Hanafi dan RM 30,000 kepada Mohammad Izauddin masing-masing dengan empat penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 17 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager