Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG DENGAN LORI

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG DENGAN LORI

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber Gambar: Media Sosial

SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan di KM 9 Jalan Gemencheh-Batang Melaka, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal  Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor menuju ke Kuarters Balai Polis Tanjung Ipoh.

“Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah lori jenis Hino dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurul Afiqah Aqwa Haslan di talian 06-4412502 bagi membantu siasatan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading