Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Angka kematian letupan bom di Sri Lanka kini 359

DUNIA

Angka kematian letupan bom di Sri Lanka kini 359

Anggota keselamatan memeriksa bahagian dalam Gereja St. Sebastian di Negombo, Sri Lanka sehari selepas gereja berkenaan menjadi sasaran letupan bom yang hingga kini meragut lebih 300 nyawa. – FOTO AFP

COLOMBO, 24 April – Jumlah kematian ekoran beberapa siri letupan bom di Sri Lanka pada Ahad lalu kini meningkat kepada 359 orang.

Angka kematian dilaporkan meningkat berikutan kematian mangsa yang mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, pihak polis setakat ini telah menahan seramai 60 orang untuk disoal siasat berhubung serangan yang menyasarkan beberapa gereja dan hotel terkemuka itu.

Menurut kerajaan Sri Lanka, serangan yang dianggap terburuk itu dilakukan kumpulan militan tempatan, National Thawheed Jama’ut (NTJ) yang mendapat sokongan pihak luar.

“Terdapat bukti mengatakan serangan mungkin mempunyai kaitan dengan pihak luar (Daesh) dan pihak kami masih menyiasat dakwaan itu,” kata Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe kepada media. – Sinar Harian


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading