Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGKARA LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL, PENDUDUK KAMPUNG SIMUNJAN TERPAKSA GANTI PUASA

DALAM NEGARA

ANGKARA LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL, PENDUDUK KAMPUNG SIMUNJAN TERPAKSA GANTI PUASA

Penduduk di sebuah kampung di Simunjan, di sini, terpaksa menggantikan puasa mereka akibat perbuatan ‘orang luar’ atau bukan penduduk setempat yang melaungkan azan Maghrib awal daripada waktu sebenar.

SAMARAHAN: Penduduk di sebuah kampung di Simunjan, di sini, terpaksa menggantikan puasa mereka akibat perbuatan ‘orang luar’ atau bukan penduduk setempat yang melaungkan azan Maghrib awal daripada waktu sebenar.

Memetik laporan Borneo Network, kejadian tersebut dipercayai berlaku lima hari lalu hingga menyebabkan penduduk di kawasan tersebut berbuka puasa awal daripada waktu Maghrib sebenar.

Jabatan Mufti Sarawak dalam satu kenyataan berhubung kejadian itu memaklumkan gantian puasa perlu dibuat penduduk terlibat.

“Jabatan Mufti Sarawak berpandangan puasa bagi penduduk terlibat adalah terbatal dan wajib diqadha semula kerana mereka telah berbuka sebelum masuk waktunya.

“Hal ini kerana tempoh berpuasa menurut syarak adalah bermula setelah terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan bukan berakhir dengan laungan azan,” katanya dalam memorandum tersebut.

Sehubungan itu, Jabatan Mufti Sarawak menyarankan agar masyarakat Islam lebih peka dan berhati-hati terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan waktu berbuka puasa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading