Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DISYAKI MABUK MAUT JATUH LONGKANG

DALAM NEGARA

LELAKI DISYAKI MABUK MAUT JATUH LONGKANG

Seorang lelaki maut akibat terjatuh ke dalam longkang selepas kereta dipandunya terbabas di kawasan Pandan Perdana, di sini malam tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut akibat terjatuh ke dalam longkang selepas kereta dipandunya terbabas di kawasan Pandan Perdana, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.37 malam melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an.

“Mangsa dipercayai mabuk dan kenderaan yang dipandunya telah mengalami kemalangan sebelum mangsa bertindak keluar daripada kenderaan lalu terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya pihak bomba berjaya membawa mangsa keluar dari longkang dalam masa tiga minit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading