Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANWAR HANYA UMUM DUA JAWATAN TPM, BUKAN TIGA

DALAM NEGARA

ANWAR HANYA UMUM DUA JAWATAN TPM, BUKAN TIGA

Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dua dan bukannya tiga seperti yang dilaporkan media semalam.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dua dan bukannya tiga seperti yang dilaporkan media semalam.

Setiausaha Akhbar kepada Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menjelaskan Presiden PKR itu hanya mengumumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

“Pendirian dan semangat ini konsisten sejak era Pakatan Rakyat sehingga kini. 

“Saya memohon jasa baik rakan-rakan media agar dapat memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan Anwar sebagai berkata PH akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan TPM diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading