APLIKASI NUSUK DALAM BAHASA MALAYSIA, PERMUDAH URUSAN HAJI & UMRAH
Nusuk yang dilancarkan pada 18 November tahun lalu menggantikan aplikasi Eatmarna, yang sebelum ini disediakan dalam dua versi iaitu Arab dan Inggeris.
Perkara itu diumumkan Menteri Haji Dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah ketika lawatan kerja bersama delegasinya ke Malaysia.
PUTRAJAYA: Arab Saudi bakal memperkenalkan aplikasi atas talian, Nusuk dalam versi Bahasa Malaysia untuk kemudahan jemaah umrah dan haji dari Malaysia.
Perkara itu diumumkan Menteri Haji Dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah ketika lawatan kerja bersama delegasinya ke Malaysia.
“Kami berbesar hati untuk melancarkan aplikasi Nusuk yang digunakan oleh jemaah seluruh dunia dalam Bahasa Malaysia yang merangkumi segala kemudahan berkaitan ibadah haji dan umrah.
“Aplikasi ini turut mengandungi urusan visa, urusan kebenaran memasuki kawasan Raudah, urusan berkaitan penginapan, pengangkutan dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di Kompleks Islam Putrajaya di sini.
Nusuk yang dilancarkan pada 18 November tahun lalu menggantikan aplikasi Eatmarna, yang sebelum ini disediakan dalam dua versi iaitu Arab dan Inggeris. Platform elektronik mesra pengguna itu menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan urusan umrah, haji, ziarah dan percutian termasuk isu visa, penerbangan dan penginapan.
Tambahnya, Arab Saudi juga bercadang untuk meningkatkan jumlah penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi kepada 70 penerbangan berbanding 47 penerbangan sebelum ini.
Pada masa sama, Tawfiq Fawzan berkata, bilangan jemaah dari seluruh dunia dijangka bertambah berikutan pemansuhan peraturan had umur maksimum 65 tahun ke bawah untuk haji, saringan COVID-19 serta pengiring mahram bagi jemaah wanita.
Bagi meningkatkan keselesaan jemaah, projek perluasan Masjidil Haram di Mekah serta Masjid Nabawi dan Masjid Quba di Madinah berskala mega akan dilaksanakan.
“Kami juga giat perluaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad Abdulaziz di Madinah,” katanya.
Pembesaran kedua-dua terminal udara itu jelasnya, membolehkan kapasiti penumpang ditambah lagi dan memberi banyak keselesaan kepada bakal jemaah dari seluruh dunia. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
Pingback: MALAYSIA HASRAT TAMBAH KUOTA HAJI TAHUN HADAPAN – ALHIJRAH ONLINE