Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA HASRAT TAMBAH KUOTA HAJI TAHUN HADAPAN

DALAM NEGARA

MALAYSIA HASRAT TAMBAH KUOTA HAJI TAHUN HADAPAN

Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengadakan mesyuarat bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata hasrat itu disampaikan dalam pertemuan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di sini hari ini sempena lawatan kerja Tawfiq selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam.

“Insya-Allah perkara ini akan terus dibincang lanjut, malah Tuan Yang Terutama (Tawfiq) menyatakan komitmen untuk membuat pertimbangan sewajarnya terhadap hasrat kita ini,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat dan mengadakan pertemuan dengan Tawfiq di pejabatnya di sini.

Kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600.

Tawfiq dalam ucapannya berkata kerajaan Arab Saudi amat mengalu-alukan kedatangan jemaah haji dan umrah Malaysia ke Tanah Suci malah memberi jaminan akan sentiasa menambah baik pelbagai kemudahan khusus bagi memastikan keselesaan para jemaah untuk menunaikan ibadah. –AlHijrah Online

Artikel berkaitan – APLIKASI NUSUK DALAM BAHASA MALAYSIA, PERMUDAH URUSAN HAJI & UMRAH


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading