DELEGASI ARAB SAUDI TERUJA SISTEM PENGURUSAN HAJI MALAYSIA
Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah sebelum ini berhasrat melakukan lawatan ke Malaysia kerana kagum dengan ilmu dan pembawaan nilai yang ada pada jemaah haji Malaysia.
Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah berkesempatan meninjau kursus haji yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam diiringi Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. –foto Facebook Dato’ Setia Dr Na’im
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerima kunjungan rasmi Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah bersama delegasi.
Menerusi lawatan tiga hari itu, delegasi Arab Saudi berkesempatan meninjau kursus haji yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pagi tadi.
Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah sebelum ini berhasrat melakukan lawatan ke Malaysia kerana kagum dengan ilmu dan pembawaan nilai yang ada pada jemaah haji Malaysia.
Dr. Mohd Na’im berkata pihaknya berbesar hati menerima kunjungan delegasi untuk meninjau sendiri cara pengendalian kursus haji untuk jemaah Malaysia.
“Kami bersyukur kerana hari ini delegasi telah memutuskan untuk memerhati bagaimana kami mengendalikan kursus haji untuk jemaah haji Malaysia.”
“Ia termasuklah usaha TH untuk mempersiapkan jemaah dengan pengetahuan dan garis panduan untuk mengerjakan haji, serta aspek penjagaan diri, kesopanan dan kebersihan diri,” katanya dalam ucapan perasmian sempena kunjungan delegasi Arab Saudi itu.
Tambah beliau, selain perjalanan ibadah haji yang sistematik yang dipimpin Tabung Haji (TH) Malaysia, bantuan dan sokongan berterusan daripada kerajaan Arab Saudi pada setiap musim haji juga merupakan faktor jemaah haji sentiasa dalam keadaan baik.
Dr. Mohd Na’im berkata, lawatan itu juga bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Arab Saudi, terutama berkaitan urusan rukun Islam kelima itu.
“Dengan pengukuhan hubungan dua hala ini, kita harap segala urusan yang melibatkan jemaah haji Malaysia dan TH akan dipermudahkan,”
“Inilah perkara yang dijanjikan oleh TYT Menteri Haji tadi, untuk memberikan bantuan yang sebaiknya dan menambah baik apa sahaja bentuk sokongan yang telah diberikan sebelum ni,” katanya.
Dalam pada itu, delegasi Arab Saudi turut sempat menghadiri sesi lawatan dan taklimat bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai operasi Haji Malaysia di Pusat Konvensyen Movenpick, Sepang pada sebelah petang.
Hasil lawatan itu, Dr. Tawfiq Fawzan mengucapkan tahniah kepada TH kerana sangat berpuas hati dengan kelancaran program yang diaturkan.
Untuk rekod, TH sebelum ini pernah menerima pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi apabila merangkul Anugerah Labaittom bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Januari lalu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.