Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

APLIKASI TAWAKKALNA ARAB SAUDI LANCAR PERKHIDMATAN SEMAKAN PERMIT HAJI

DUNIA

APLIKASI TAWAKKALNA ARAB SAUDI LANCAR PERKHIDMATAN SEMAKAN PERMIT HAJI

Aplikasi kebangsaan Arab Saudi, Tawakkalna, kini menawarkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyemak permit haji bagi tahun 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Sumber Gambar: laman web Saudi Press Agency (SPA)

RIYADH: Aplikasi kebangsaan Arab Saudi, Tawakkalna, kini menawarkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyemak permit haji bagi tahun 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Perkhidmatan itu disediakan menerusi integrasi dengan Tasreeh, platform digital sehenti bagi permit haji yang dilancarkan baru-baru ini oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Data dan Kecerdasan Buatan Arab Saudi (SDAIA).

Ciri baharu itu memudahkan akses kepada semua jenis permit berkaitan haji yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, termasuk kad Nusuk, lesen dan permit masuk bagi jemaah haji tempatan dan antarabangsa ke Makkah serta kawasan suci.

Ia turut merangkumi permit untuk petugas haji, sukarelawan dan kenderaan, melalui pautan teknikal dengan platform Nusuk milik Kementerian Haji dan Umrah.

Pengguna boleh mengakses perkhidmatan ini dengan memuat turun aplikasi Tawakkalna daripada gedung aplikasi rasmi seperti App Store, Google Play, AppGallery dan Galaxy Store. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading