Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI BENAR KEMASUKAN JEMAAH HAJI DARI SEMUA NEGARA TANPA PENGECUALIAN TAHUN INI

DUNIA

ARAB SAUDI BENAR KEMASUKAN JEMAAH HAJI DARI SEMUA NEGARA TANPA PENGECUALIAN TAHUN INI

Kerajaan Arab Saudi membenarkan kemasukan jemaah haji antarabangsa dari semua negara tanpa sebarang pengecualian tahun ini walaupun jumlah jemaah dihadkan kepada 1 juta orang bagi musim haji tahun ini 1443 Hijrah / 2022.

Sumber Gambar: AFP

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi membenarkan kemasukan jemaah haji antarabangsa dari semua negara tanpa sebarang pengecualian tahun ini walaupun jumlah jemaah dihadkan kepada 1 juta orang bagi musim haji tahun ini 1443 Hijrah / 2022.

Menurut Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Saudi (MoHU) Hisham Saed, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada jemaah haji dari semua negara untuk menunaikan ibadah itu, terutama selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata jumlah terbesar jemaah haji pada tahun ini diberikan kepada jemaah dari luar Arab Saudi.

“Kerajaan mengalu-alukan semua umat Islam dari kesemua negara di dunia. Tidak ada negara yang akan dikecualikan”, katanya dalam temubual dengan saluran televisyen tempatan, Al Arabiya Saudia baru-baru ini.

Beliau menambah akan ada kuota jemaah haji yang diperuntukkan kepada setiap negara dengan kiraan satu nisbah seribu dan ini akan dilaksanakan pada musim haji kali ini, dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.

“Kerajaan sedang meneliti penentuan kuota ini untuk setiap negara”, tambahnya.

Antara syarat yang perlu adalah jemaah telah melengkapkan vaksin COVID-19 asas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi. dan perlu menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading