Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Arab Saudi jadi tuan rumah sidang kemuncak G20 pada 2020

DUNIA

Arab Saudi jadi tuan rumah sidang kemuncak G20 pada 2020

Gambar hiasan

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan bahawa ia akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20 dalam bulan November tahun depan di ibu kota Riyadh, lapor agensi berita China Xinhua memetik stesen penyiar Al Arabiya TV pada Rabu.

Mesyuarat G20 buat julung kalinya akan berlangsung di bumi Arab dalam bulan November 2020, menurut kenyataan akhir sidang kemuncak G20 tahun lepas di Buenos Aires, Argentina, yang mengesahkan bahawa sidang kemuncak itu akan diadakan di Jepun pada 2019, dan Arab Saudi pada 2020.

Arab Saudi mengesahkan bahawa ia tidak sabar untuk menganjurkan acara itu.

Pemimpin dunia G20 bertemu buat pertama kalinya pada 2008 dengan fokus untuk menyelamatkan ekonomi global daripada krisis kewangan terburuk dalam tempoh lebih 70 tahun. – Sinar Harian


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading