Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS AKUI TERSILAP SERANG KABUL GUNAKAN DRON

DUNIA

AS AKUI TERSILAP SERANG KABUL GUNAKAN DRON

WASHINGTON: Komander tentera Amerika Syarikat (AS), Jeneral Kenneth McKenzie mendakwa tersilap melancarkan serangan dron di Kabul, Ogos lepas, yang menyebabkan 10 orang awam termasuk kanak-kanak terkorban.

Serangan tersebut bertujuan menyasarkan suspek pengganas Daesh selepas menerima maklumat bahawa kumpulan terbabit mahu melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul, pada 29 Ogos lalu.

“Serangan itu satu kesilapan yang tragik,” kata McKenzie sambil menambah kerajaan mengkaji pampasan setimpal yang patut dihulurkan kepada keluarga mangsa terbunuh.

Bagaimanapun, AS mempertahankan serangan dron yang dilancarkan ekoran lapangan terbang Kabul diserang ketika tentera dan warganya dibawa keluar dari Afghanistan.

Jelasnya, tiada orang awam dikesan berada di lokasi kejadian ketika serangan itu lulus untuk dilancarkan.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin memohon maaf terhadap keluarga yang terkorban akibat serangan tersebut kerana mangsa didapati tidak berkait dengan Daesh.

“Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh. Kami memohon maaf dan amat menyesal dengan kesilapan mengerikan ini,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, pengganas Daesh telah melancarkan serangan bom nekad di lapangan terbang sehingga menyebabkan 13 tentera AS maut, pada 26 Ogos lalu.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading