ASSALAMUALAIKUM 2020: FOKUS ISU DAN CABARAN UMAT ISLAM

Kuala Lumpur: Rancangan bual bicara utama TV AlHijrah, Assalamualaikum pada tahun ini akan memfokuskan kepada isu-isu untuk mendekati umat Islam dan cabaran mereka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris berkata cabaran didepani umat Islam antaranya meliputi cabaran meningkatkan ekonomi, taraf hidup dan lebih memahami Islam dengan mendekatkan diri dengan Al-Quran dan Sunnah.
Katanya, program Assalamualaikum juga akan menfokuskan isu masyarakat bukan Muslim dan isu yang meninggalkan kesan terhadap kelompok itu.
“Ia (Assalamulaikum) akan menjadi platform menjernihkan isu-isu yang membelenggu, merisaukan dan menggusarkan rakan-rakan bukan Islam,” kata Namanzee kepada AlHijrah Online.
Beliau ditemui dalam edisi pertama Assalamualaikum yang berwajah baru sempena hari pertama tahun 2020 pagi ini.

Dalam mendepani cabaran era pendigitalan, Namanzee yakin program bual bicara itu mampu menghadapinya dan seterusnya kekal relevan dengan citarasa generasi muda mengikut peredaran zaman.
Assalamualaikum adalah sebuah program bual bicara yang bersiaran selama dua jam 30 minit pada setiap hari bermula 7.30 pagi, menampilkan barisan pengacara yang professional dan berkaliber serta membawa topik-topik yang menarik kepada penonton. — AlHijrah Online/ Amriena Rashada