Kehadiran anak dalam hidup pasangan suami isteri adalah satu kegembiraan & kebahagiaan. Menjadi ayah & ibu, akan sentiasa bermohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan keturunan yang soleh & solehah.
Artikel ini merupakan ringkasan segmen Assalamualaikum An-Nisa yang disiarkan di TV AlHijrah setiap Sabtu, Ahad dan Isnin.
OLEH: USTAZAH MUZAYYANAH ABDULLAH & AINN RAMLEE.
Kehadiran anak dalam hidup pasangan suami isteri adalah satu kegembiraan & kebahagiaan. Menjadi ayah & ibu, akan sentiasa bermohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan keturunan yang soleh & solehah.
Kehidupan itu terus berjalan ke hadapan, anak semakin dewasa menempuh hari-hari kedewasaannya. Namun, ayah & ibu pula semakin sunyi, kebahagiaannya terkadang hilang bersama kegembiraan si anak.
Bagaimana kebahagiaan dalam keluarga itu ingin dikekalkan? Bertanya kepada diri, adakah kita ayah dan ibu yang baik buat anak-anak? Aturan Allah SWT berbeza, tidak kira siapa orang tua mu dan latar belakangnya perlu dihormati dan disayangi.
Dirakam dalam Al-Quran, Surah Al-Ahqaf :Ayat 15, Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam(yang tunduk patuh kepadamu)”.
KEHADIRAN ANAK, KEBAHAGIAAN IBU BAPA
Ada ibu bapa yang bersyukur dengan kelahiran ‘amanah’ yang diberikan oleh Allah SWT.
Tetapi, ada ibu bapa yang berdoa saban hari cuma mengharap anak yang diamanahkan ini mampu menyebut satu perkataan sahaja iaitu ‘ibu’ mahupun ‘ayah’.
Tidak semestinya bahagia itu hanya berbentuk keindahan.
Apabila menafsirkan bahagia itu mengikut tafsiran dunia, kita akan memandang bahagia itu adalah sepertimana orang lain berbahagia. Fahamilah, bahagia di dunia hanyalah sementara.
Maka, makna bahagia yang sebenar adalah menjadi hamba yang benar-benar menghambakan diri kepada tuhannya dan sentiasa menjadi hamba yang mendambakan syurga Allah SWT.
Seperti kisah Siti Hajar A.S yang ditinggalkan berseorang di tanah gersang, tanpa setitik susu yang mengalir untuk diberikan kepada anaknya Nabi Ismail A.S. Beliau berulang-alik tujuh kali dari Safa ke Marwah, terpaksa meninggalkan Nabi Ismail A.S di dataran kaabah hanya untuk mencari sedikit air buat puteranya , namun Allah SWT mengurniakan rezeki air yang hanya berada di hujung telapak kaki Nabi Ismail A.S.
Dari kisah ini, kita mempelajari bahawa setiap bahagia dan ujian yang datang adalah amanah dari Allah SWT dan kita seharusnya bersyukur walaupun tidak seperti yang kita harapkan.
Setiap kepahitan, sudah pasti dihujungnya ada kemanisan.
BERUNTUNGNYA IBU DAN AYAH
Beruntunglah ibu bapa yang membesarkan anak-anak dengan amanah, bukan dengan anugerah, maka terlahirlah anak yang soleh serta solehah, yang sentiasa ingin berbuat baik buat kedua ibu dan bapanya.
Ada ibu bapa semakin meningkat usia, berasa sunyi tanpa kehadiran anak-anak disisi. Mereka ini ibarat jauh di mata namun dekat di hati.
Dengan mempunyai anak yang soleh dan solehah kesuyian itu berganti dengan doa si anak yang tidak pernah putus, bertanya khabar walaupun jauh, inilah keluarga dambaan syurga.
Seperti doa yang sering di baca selepas solat buat ayah dan ibu,
Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”
Sekiranya kita menjiwai makna doa ini, akan jatuh air mata mengharapkan keampunan Allah SWT untuk diri sendiri dan juga ayah ibu.
Hubungan kekeluarga atas nama Allah SWT kerana takut akan pembalasan di akhirat kelak.
BERKAT SANTUNI IBU BAPA
Berkat itu adalah kebaikan yang bertambah.
Jika anak-anak berbuat baik dan berkorban demi mencapai kebahagiaan kedua ibu bapa mereka sudah pasti berkat gandaan pahala yang akan dikecapi.
Peranan anak tidak kurang hebatnya dalam memupuk nilai kebahagiaan itu. Andai ibu bapa masih ada, teruskan berbuat baik, berdoa dan berbakti kepada mereka.
Buat mereka yang telah kehilangan kedua orang tua pula, yakinlah usaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah tidak terhenti disitu.
Jadilah manusia yang bermanfaat, berikan nilai tambah yang banyak kepada masyarakat, ini akan menjadi saham akhirat buat ayah dah ibu yang telah tiada.
Dalam kehidupan berkeluarga, kebahagiaan itu tidak semestinya terlihat dengan indah,
Adakala ia bermula dari kesakitan. Setiap hadirnya nikmat, akan beriringan dengan ujian. — AlHijrah Online
Penulis Ustazah Muzayyanah Abdullah merupakan pendakwah manakala Ainn Ramlee adalah penolong penerbit program Assalamualaikum An-Nisa.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests