Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG PENGHUNI PANGSAPURI RENTUNG RUMAH TERBAKAR

DALAM NEGARA

SEORANG PENGHUNI PANGSAPURI RENTUNG RUMAH TERBAKAR

KUALA LUMPUR: Seorang penghuni di sebuah unit pangsapuri di Flora Damansara, Petaling Jaya rentung dalam kejadian kebakaran di kediaman tersebut semalam.

Gambar Tular.

KUALA LUMPUR: Seorang penghuni di sebuah unit pangsapuri di Flora Damansara, Petaling Jaya rentung dalam kejadian kebakaran di kediaman tersebut semalam.

Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira 9.22 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat 21 pangsapuri tersebut yang terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Setakat ini hanya seorang mangsa dilaporkan rentung dalam kejadian itu dan identiti mangsa belum disahkan.

Ujar Norazam, sebanyak lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Kota Anggerik, BBP Sungai Buloh, BBP Seksyen 7 dan BBP Puchong dengan kekuatan 25 anggota dan pegawai telah digerakkan ke lokasi tersebut semalam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading