Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH AMBIL TANGGUNGJAWAB BAWAKAN LIPUTAN DARI BUMI AL-QUDS

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH AMBIL TANGGUNGJAWAB BAWAKAN LIPUTAN DARI BUMI AL-QUDS

Antara program yang disajikan buat penonton setia TV AlHijrah adalah Reflection al-Quds, Panggilan Agung al-Aqsa serta Solat Tarawih dari Masjidil Aqsa.

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah terus memikul tanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai situasi terkini di bumi al-Quds menerusi tiga program istimewa yang bakal disiarkan bersempena Ramadan 1444 Hijrah.

Antara program yang disajikan buat penonton setia TV AlHijrah adalah Reflection al-Quds, Panggilan Agung al-Aqsa serta Solat Tarawih dari Masjidil Aqsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris, inisiatif tersebut diambil bagi mendidik masyarakat dunia bahawa bumi al-Quds bukan hanya diberi perhatian sewaktu berlaku konflik dan peperangan tercetus.

Katanya, program-program tersebut bakal dijayakan menerusi kerjasama TV AlHijrah bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO)Turkiey, Ummet Vakfi Foundation.

“Hasrat kita adalah untuk sentiasa membawa perjuangan al-Quds secara berterusan yang akan bermula dengan program Ramadan termasuk laporan-laporan berita dari bumi al-Quds.

“Ia merupakan satu kewajipan kita untuk ummah kerana isu yang berlaku di Masjidil Aqsa adalah isu yang melibatkan umat Islam,” kata Namanzee selepas menerima kunjungan dan mesyuarat bersama Ummet Vakfi Foundation di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, di ibu kota semalam.

Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran Ummet Vakfi Foundation Ahmad Saeed, beliau percaya misi dan objektif itu mampu dicapai berdasarkan pencapaian dan kredibiliti yang ditonjolkan TV AlHijrah.

Katanya, ia bukan sekadar memberi impak kesedaran kepada masyarakat Malaysia, tetapi juga kepada negara-negara serantau Asia seperti Indonesia, Thailand dan Brunei.

“Matlamat kedua adalah untuk menyampaikan sokongan rakyat Malaysia kepada saudara kita di sana menerusi Turkiye yang berperanan sebagai negara yang menguruskan kerja-kerja di dalam al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

“Insyaallah melalui kerjasama dengan TV AlHijrah kita boleh mencapai matlamat itu seperti mana yang telah dirancang demi menyampaikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Ummet Vakfi Foundation merupakan NGO yang menjalankan program-program wakaf khusus buat al-Quds dan Masjidil Aqsa sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Islam di sana.

Menurut Ahmad, Ummet Vakfi telah melaksanakan beberapa projek besar membabitkan pendidikan, kesihatan, sosial penduduk yang tidak berkemampuan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading