Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Banduan selamatkan bayi

DUNIA

Banduan selamatkan bayi

AMERIKA SYARIKAT, 18 Februari – Sekumpulan banduan di Florida menerima pujian netizen selepas membantu menyelamatkan seorang bayi perempuan terperangkap di dalam kereta yang terkunci.

Jurucakap pejabat sherif Pasco County, Kevin Doll berkata, ibu-bapa kepada bayi berusia 12 bulan itu pada mulanya mencadangkan kepada bomba supaya memecahkan cermin kereta jenis SUV itu kerana panik.

Namun, sekumpulan banduan yang kebetulan berada di lokasi kejadian kerana ditugaskan mengecat petak parkir Pusat Kehakiman West Pasco, tampil menghulurkan bantuan.

Memetik kenyataan agensi berita, Sinar Harian melaporkan banduan terbabit yang diiringi penyelia mereka hanya mengambil masa dua minit bagi membuka pintu kenderaan terbabit.

Ibu bayi berkenaan, Shadow Lantry yang merakam insiden berkenaan mengucapkan penghargaan kepada banduan terbabit kerana menyelamatkan anak kecilnya.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading