Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANGLADESH MULA PASANG PAGAR DI KEM ROHINGNYA

DUNIA

BANGLADESH MULA PASANG PAGAR DI KEM ROHINGNYA

BALUKHALI: Tentera Bangladesh mula mendirikan pagar di sekitar kawasan perkhemahan ratusan ribu pelarian Rohingya meskipun mendapat aduan daripada pemimpin masyarakat dan kumpulan hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Mahhbub Alam Talukder mengesahkan kepada AFP bahawa pembinaan telah bermula, namun enggan mengulas lanjut.

Ketua tentera, Jeneral Aziz Ahmed berkata, hujung bulan lalu jurutera pasukan keselamatan telah mula mendirikan tiang dan menempah dawai berduri.

“Ia akan menyekat pergerakan kami. Kami perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan daripada pihak berkuasa. Kanak-kanak juga tidak dapat bermain lagi,” kata pemimpin Rohingya, Mohammad Hashim.

Tindakan tentera Bangladesh turut dikecam kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkan pagar boleh mengubah kem menjadi penjara besar.

“Kerajaan Bangladesh tidak sepatutnya menjadikan kem pelarian Rohingya kepada penjara terbuka. Kawat berduri dan menara pengawal hanya untuk penjenayah, bukan orang yang melarikan diri daripada kekejaman besar-besaran di Myanmar,” tegas Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia, Brad Adams. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading